BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 27, 2010

KOLEKSI PETUA DI DAPUR

PETUA 1 : UDANG SENTIASA SEGAR
Caranya adalah dengan membersihkan udang terlebih dahulu. Sejatkan airnya sehingga kering. Selepas itu, gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpan di dalam bekas yang kedap udara. Udang akan segar biarpun disimpan selama dua hari.

PETUA 2 : JAGUNG REBUS LEBIH ENAK
Jika inginkan jagung rebus lebih enak,  masukkan sedikit gula ke dalam air rebusan. Tutup tudung periuk dan biarkan ia mendidih. Elakkan memasukkan garam kerana ia menjadikan isi jagung lebih keras.

PETUA 3 : CILI KISAR LEBIH HALUS
Cili kering yang dikisar kadang kala lambat hancur dan tidak halus. Bagi mengatasinya, potong cili kering dan rendam ke dalam air panas selama lima minit. Masukkan ke dalam pengisar dan campurkan sedikit minyak masak bersama air. Kemudian, kisar seperti biasa. Simpan ke dalam peti sejuk supaya tahan lama.

PETUA 4 : SPAGETI TIDAK MELEKAT
Setiap kali merebus spageti, ia akan melekat antara satu sama lain. Bagi mengatasinya, tuangkan sedikit minyak masak ketika merebus spageti. Agar lebih berperisa pula, masukkan garam. Cara ini, bukan sahaja spageti tidak melekat malah kelihatan lebih menarik.

KISAH RASUL DAN NABI DARIPADA AL-QURAN

KISAH 1 : NABI ADAM DAN ANAK-ANAKNYA

Nabi  Adam ialah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Dia dicipta daripada tanah liat. Kemudian, Allah menciptakan pasangannya, iaitu Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam. Tinggallah Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga. Namun, disebabkan hasutan Iblis, mereka berdua memakan sejenis buah yang di larang oleh Allah. Sebagai hukumannya, Allah mencampakkan kedua-duanya ke bumi.

       Nabi Adam mempunyai empat orang anak. Sepasang anak kembarnya bernama Qabil dan Iqlima dan sepasang lagi bernama Habil dan Labuda. Nabi Adam mengajar anak-anak bekerja. Qabil menjadi petani, manakala Habil menjadi penternak. Mereka juga diajar supaya patuh kepada perintah Allah. Qabil seorang yang pemarah, manakala Habil seorang yang lemah lembut.

      Nabi Adam mengajar mereka membuat pengorbanan kepada Allah. Pengorbanan Habil diterima oleh Allah kerana dia mengorbankan kambingnya yang paling sihat. Sementara pengorbanan Qabil ditolak kerana dia telah mendengar hasutan iblis lalu membawa buah-buahan yang sudah busuk. Qabil berasa iri hati terhadap Habil. Lebih-lebih lagi setelah adiknya, Iqlima dikahwinkan dengan Habil.
     Disebabkan hasutan iblis, Qabil membuat keputusan membunuh adiknya, Habil. Dia memukul kepala Habil dengan kayu. Habil jatuh lalu meninggal dunia. Qabil berasa sedih dan takut disebabkan perbuatannya. Qabil menggali lubang lalu menanam mayat adiknya. Qabil tahu yang dia akan menerima hukuman di atas perbuatannya. Dia memohon ampun kepada Allah.




Thursday, December 23, 2010

KOLEKSI RESEPI

1) PUDING LAICI
    - sumber : Norpisah Hanim Ismail (Kak Long)

Bahan-bahan :
1 pek agar-agar kering
4 tin air (ikut sukatan tin susu)
1 tin gula (ikut sukatan tin susu)
1 tin susu cair
3 biji telur
1 tin laici

Cara memasak :
a. 1 pek agar-agar dimasak dengan 4 tin air hingga larut
b. Masukkan 1 tin gula ke dalam larutan agar-agar dan masak sampai larut.
c. Masuk 1 susu cair & 3 biji telur (susu dan telur perlu diblender terlebih dahulu)
d. Laici dipotong dadu atau dihiris.
e. Masak semua hingga larut dengan api perlahan hingga pekat.
f. Tuang dalam bekas dan sejukkan.
g. Bila dah sejuk boleh dihidangkan.

2) KEK COKLAT KUKUS
    Sumber : Hamiza Ismail

Bahan-bahan :
250gm buttercup
2 cawan gula castor
4 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
1 kotak susu coklat dutchlady
1/2 cawan minyak daisy

Cara membuat :
a. Buttercup + gula castor = pukul kembang
b. Tambah telur = pukul lagi , kemudian campur tepung + serbuk koko + baking powder dan soda bikarbonat (diayak terlebih dahulu)
c. Masukkan susu coklat dan akhir sekali minyak= jangan pukul lama
d. Ratakan adunan dan masukkan dalam bekas pembakar
e. Kukuskan adunan tadi.
f. (Peringatan : Pastikan penutup kukus dibalut dengan tuala/kain supaya wap tidak jatuh ke atas kek)
g. Sejukkan kek dan hidangkan. Selamat mencuba!

3) BLUEBERRY CHEESECAKE



Bahan-bahan:
Crust :
110g butter (dicairkan)
200g biskut tiger/oreo (dihancurkan)
Filling :
500g/2 buku cream cheese
30g butter
120 gula castor
sedikit kulit lemon yang diparut
sedikit perahan jus lemon
30g tepung jagung
200-300ml- whipping cream
4 biji telur (dipukul dahulu)
150g blueberry pie filling

Cara membuat :
a. Untuk membuat crust , campur butter cair dan biskut. Ratakan campuran tadi di dalam dulang pembakar dan disimpan 20minit di dalam peti sejuk (chiller).
b. Untuk membuat filling pula, butter dan cream cheese dipukul hingga kembang.
c. Tambah gula + parutan kulit lemon + jus lemon + tepung jagung =pukul + whipping cream + telur = jangan pukul lama.
d. Keluarkan dulang pembakar tadi dari peti sejuk, kemudian tuang adunan dalam adunan tersebut.
e. Bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius, api bawah.10 minit akhir api atas. Jumlah masa selama 1 jam.
f. Sejukkan kek beberapa jam. Seeloknya setelah sejuk pada suhu bilik, masukkan kek ke dalam peti sejuk.
g. Sebelum dihidang, letakkan blueberry filling di atas kek. Selamat Mencuba.

4.KEK PISANG
Sumber : Helmi




Bahan-bahan :

200g gula kastor
200g minyak Jagung
200g pisang
3 biji telur
180g tepung gandum
1camca teh  soda bikarbonat

Cara membuat :
1. Masukkan gula + telur  ke dalam blender = kisar hingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dipotong-potong dan minyak.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat serentak dan letakkan ke dalam satu bekas.
4. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung dan gaul rata.
5. Setelah sebati, masukkan adunan ke dalam dulang pembakar.
6. Pastikan dulang telah disapu minyak.
7. Bakar adunan tadi pada suhu 15o darjah celsius selama 45 minit.
8. Hidang setelah sejuk.

BERAKHLAK MULIA

Apakah maksudnya?
Iman adalah percaya kepada Allah dan rasulnya. Apabila seseorang beriman, dia perlu taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. Dia menjaga hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Akhlaknya baik. Apabila seseorang beriman dan akhlaknya baik, dia mempunyai iman yang sempurna.

Kisah Teladan :
Pada suatu hari, Nabi Muhammad membantu seorang perempuan tua mengangkat barang hingga ke rumahnya. Perempuan tua itu tertarik dengan akhlak rasulullah tetapi tidak mengenali baginda. Dia asyik bercerita dan mencemuh orang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad sendiri. Nabi Muhammad hanya tersenyum.

Apabila tiba di rumahnya, Nabi Muhammad memperkenalkan diri baginda. Alangkah terperanjatnya perempuan tua itu. Tidak lama selepas itu dia memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak nabi yang mulia.

Kata-kata Hikmah :
Apabila kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Apabila kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Apabila kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tetapi apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

BERDOA

Apakah maksudnya ?
Kita digalakkan berdoa pada setiap masa sama ada semasa senang atau di kala susah. Orang yang sentiasa berdoa semasa dalam keadaan senang, Allah S.W.T akan kabulkan doanya semasa dia di dalam kesusahan atau kesempitan.

Kisah Teladan :
Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.aw keluar berjalan bersama Zubair Numairi, mereka melalui seorang lelaki yang sedang berdoa dengan tekun. Baginda berhenti bagi mendengar doa lelaki itu. Kemudian, menyarankan supaya doanya ditutup dengan ucapan "Amin" yang bermaksud Allah memperkenankan, kerana doa yang ditutup dengan "Amin" wajib diterima.

Apa Kata Nabi ?
Tiga doa yang sangat berkesan (diterima) iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir (berjalan jauh) - Ahmad, Bukhari, Abu Daud dan Tarmizi

SENYUM

Apakah maksudnya ?
Memberi senyuman adalah perbuatan yang mudah dilakukan. Ianya tidak boleh dianggap  remeh kerana memberi senyuman adalah sedekah dan ianya satu kebajikan.

Kisah Teladan :
Seorang budak terlupa mengucap "Bismillah" semasa mula makan. Apabila dia menyuap buat kali terakhir barulah dia mengucapkan, " Bismillahi awwaluhu wal akhiruhu," yang bemaksud " Dengan nama Allah pada permulaan dan pada akhirnya."

Mendengar ucapan budak itu, Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "Dari tadi syaitan ikut makan bersamanya, tetapi apabila sahaja dia menyebut nama Allah maka syaitan pun memuntahkan apa yang sudah masuk ke dalam perutnya."

Kata-kata Hikmah :
Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman.