Apakah maksudnya?
Iman adalah percaya kepada Allah dan rasulnya. Apabila seseorang beriman, dia perlu taat kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad. Dia menjaga hubungan dengan makhluk Allah yang lain. Akhlaknya baik. Apabila seseorang beriman dan akhlaknya baik, dia mempunyai iman yang sempurna.
Kisah Teladan :
Pada suatu hari, Nabi Muhammad membantu seorang perempuan tua mengangkat barang hingga ke rumahnya. Perempuan tua itu tertarik dengan akhlak rasulullah tetapi tidak mengenali baginda. Dia asyik bercerita dan mencemuh orang yang dikatakan membawa agama baru iaitu Nabi Muhammad sendiri. Nabi Muhammad hanya tersenyum.
Apabila tiba di rumahnya, Nabi Muhammad memperkenalkan diri baginda. Alangkah terperanjatnya perempuan tua itu. Tidak lama selepas itu dia memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak nabi yang mulia.
Kata-kata Hikmah :
Apabila kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Apabila kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Apabila kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tetapi apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Thursday, December 23, 2010
BERAKHLAK MULIA
Posted by mizan.hamiza at 3:58 AM